Thursday, June 22, 2006

agak2 arr... nak buat lawak pon.... ahak's..!!

SELAIN mengumpat, satu daripada bencana yang dilakukan oleh lidah manusia ialah gurauan. Termasuk dalam istilah gurauan ini ialah kelakar, melawak, olok-olokdan berjenaka.Menurut Imam al-Ghazali, bergurau itu ditegah syarak kerana ia membawa kepadabanyak tertawa. Banyak tertawa itu mematikan hati dan boleh ‘menanggalkan’ hati.Imam Ghazali menasihatkan supaya manusia menjaga lidahnya daripada berkata-kata untuk menimbulkan gelak ketawa.Kata-kata gurau senda sebenarnya boleh menghilangkan malu seseorang. Ini kerana dalam mencari bahan ketawa, manusia sanggup membuat cerita bohong dan tidak munasabah. Untuk mereka-reka bahan lucu, mereka membuat cerita yang ganjil dan tidak masuk akal dan kebanyakannya cerita dusta.Inilah puncanya orang yang membuat kelakar boleh hilang malu. Pada hakikatnya malu senjata orang beriman. Malu adalah alamat atau tanda orang yang beriman.Yang paling mengaibkan, sebahagian daripada kita suka membawa cerita lucah atau separuh lucah dalam perkataan semata-mata untuk menimbulkan gelak ketawa orang lain.

Rasulullah bersabda bermaksud:
“Malu adalah cabang daripada iman.”

Dalam sabda lain, baginda menyatakan:
“Malu dan iman seganding. Apabila terangkat salah satu daripadanya maka terangkatlah kedua-duanya.”

Dapat difahami daripada hadis ini, jika seseorang itu hilang perasaan malu daripada dirinya maka hilang jugalah imannya.Namun begitu, bergurau ala kadar dibolehkan. Pada suatu masa orang Arab menganggap pantang makan kurma kalau sakit mata. Rasulullah nampak seorang bernama Suhaib yang sakit mata sedang makan kurma maka baginda bersabda bermaksud: “Engkau makan kurma sedangkan engkau sakit mata?”.Suhaib faham maksud Rasulullah yang ingin bergurau dengannya. Maka jawabnya:“Saya makan dengan mata yang sebelah lagi ya Rasulullah.”Mendengar jawapan itu, baginda senyum lebar hingga nampak giginya yang putih. –(Ihya Ulumuddin Imam al-Ghazali).Dalam hubungan pergaulan harian, gurauan itu boleh menimbulkan sakit hati dan menyinggung perasaan sesama kawan atau rakan.Bagi sesetengah orang yang tidak tahan bergurau mungkin menimbulkan persenketaanatau perkelahian. Maka ini bertentangan dengan kehendak Islam.

Firman Allahbermaksud:
“Sesungguhnya orang beriman itu adalah bersaudara maka perbaikilah hubungan antara kedua-duanya.”– (al-Hujurat: 11).

Justeru, elakkanlah bergurau, bersenda melampaui batas perasaan atau pemikiran rasional supaya ukhuwah sesama kita tetap terpelihara


Bismillah..

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Wednesday, June 21, 2006

perbezaan antara lelaki dan wanita


perbezaan antara lelaki dan wanita

Sebagaimana kata seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiah:
... & Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu. Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal, tetapi, tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan.

Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:
- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara mempamerkan penghargaan
- Cara dan tahap pengorbanan
- Cara dan daya khayalan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Cara dan pengisian doa
- Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya.

Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.

- Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.

- Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh. Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami.

- Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri!

- Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.

- Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel.

- Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.

- Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari,malah berminggu-minggu. Sebenarnya, ada banyak lagi perbezaan antara lelaki dan perempuan, tetapi saya paparkan intinya saja. Kalau anda dapat memahami inti perbezaan-perbezaan ini dengan baik, insya-Allah akan lebih mudahlah bagi anda suami isteri menangani sebarang perselisihan supaya tidak berlarutan hingga membawa kepada perpecahan rumahtangga.

Tuesday, June 20, 2006

Kelebihan garam


BERSIHKAN PASU HIASAN
Jika anda mempunyai pasu hiasan yg berbentuk tirus, pasti susah untukmembersihkan bahagian dlmnya. Caranya mudah saja. Ambil beberapa camca garam kasar, dicampur dgn air (anggaran satu mangkuk besar). Kacau hingga garam agak larut & masukkan ke dlm pasu tadi & goncang perlahan2. Buang air tadi & lihat hasilnya.

JARI MENCENGKAM
Kalau jari kaki atau tangan anda dicengkam, kuku akan terasa bisa.Cuba tepek garam & juga kunyit di bahagian tersebut. Kemudian balut.Esoknya buka & cuci. Ulangi hingga sembuh.

HILANGKAN GETAH BUAH2AN
Utk hilangkan tompok2 getah buah-buahan atau pokok, tumbuk sedikit garam. Kemudian campurkan dgn sedikit kapur sirih. Lumur pada bahagianpakaian yg bergetah itu. Biarkan ia selama 5 atau 10 minit. Kemudian jirus dgn air suam & cucilah spt biasa.

PUTIHKAN GIGI
Campur sedikit garam halus pada ubat gigi yg hendak anda gosokkan pada gigi setiap pagi. Gigi akan kelihatan putih berseri. Selain itu, ianya juga dpt menghindarkan dpd penyakit gusi & mulut.

TUMIT KAKI PECAH
Jika tumit kaki pecah, ambil garam halus & campurkan dgn air perahan limau kasturi/nipis. Kemudian sapukan larutan tersebut pada bhg tumit yg pecah. Amalkan selalu.

ELAK POKOK DISERANG SEMUT
Biasanya pokok bunga & pokok hiasan lain akan menjadi sasaran semut.Cuba taburkan garam disekeliling batangnya. Dgn cara ini dptmenghindarkan dpd serangan semut tersebut.

ELAK TELUR REBUS PECAH
Sewaktu anda sedang menjerang air rebusan telur, masukkan sedikitgaram ke dlmnya. Kemudian masukkan telur berhati2 agar tidak berlaga antara satu sama lain. Insya-allah telur yg sedang direbus tidak mudah pecah.

MENGATASI JARI PECAH
Untuk mengatasi jari pecah, bancuh sedikit garam bersama santan kelapa. Apabila ia sebati, sapukan pd bahagian jari yg pecah.

MEMBERSIHKAN BUNGA TIRUAN
Masukkkan bunga tiruan ke dlm plastik. Masukkan garam secukupnya.Goncangkan dgn kuat. Anda akan dapati warna garam akan berubah & bunga tiruan nampak berseri. Setelah itu, basuh pula dgn air bersih.

MEMATIKAN IKAN KELI
Caranya mudah, masukkan garam kedlm bekas ikan keli & biarkan selamabeberapa minit. Insya-allah ikan keli tersebut akan mati.

KUKU KAKI CANTIK
Rendam kaki dgn air suam yg bercampur garam. Biarkan kaki kering dgn sendiri dan sapu minyak zaitun.

Selamat Mencuba

APA PUNCA ANAK DERHAKA



APA PUNCA ANAK DERHAKA
Sabda Rasulullah s.a.w.
"Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atasbelakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah..."Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibudah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka dirumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok."Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anaktidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosadan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kitaderhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah kemasjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cubakita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kitabuat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjanguntuk bersama kita."HUBUNGAN DENGAN BAPALazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar."Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatuhari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losersAdalah mudah iaitu:-Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yangbaik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkanmereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga
(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Wednesday, June 14, 2006

adakah aku dah cukop cantik....



Helena : Hi
Zack : Umm...Hye
Helena : Saya ada Sesuatu nk britau Kat Awak.......
Zack : Apa ??

Helena : Saya...betul2 sukakan awak.Dan saya....saya rasa Saya dah mula cintakan awak
Zack : ok...........

Helena : apa yg awak maksudkan dengan ' ok ' ????
Zack : saya tak Suka awak...macam Ni....

Helena : kenapa???
Zack : saya tak Blh nk Britau awak.....maybe another time....

Sejak hari itu, Helena sentiasa bertanya kepada Zack....dia ingin tahu kenapa setiap kali dia tanya soalan yg sama...Zack akan menjawap "saya akan britau awak nanti2." Lama-kelamaan Helena mula rasa kecewa dan berputus asa.

Helena : Saya dah penat dgn semua ni....tolonglah Britau saya kenapa awak tak suka kat saya???...plzzzz.......apa salah saya???
Zack : Awak betul2 nk tau sebab apa ??

Helena : ya.....
Zack : SBB awak Tak Cantik !!!!! muka awak tak lawa !!!! saya taknak kuar atau couple ngan pompuan tak lawa macam awak ni !!!!

Helena : tapi....saya........
Zack : Bole Tolong diam tak......baik awak jgn muncul depan saya lagi...saya tak suka dengan awak.....awak tak lawa..!!!!

Tanpa ada perasaan kesian, Zack meninggalkan Helena keseorangan disitu.....dan Helena menangis kerana teramat kecewa dengan layanan yang diberikan oleh Zack, yang tanpa menghirau perasaannya yang telah terluka. Tidak lama kemudian, Handphone Helena berbunyi................

Helena : Hello ?
IBu : Sayang ? Ibu nak Helena balik rumah ok.....Ibu akan balik Kerja beberapa jam lagi

Helena : baik bu
Ibu : Ibu sayang Helena
Helena : Helena pun sayangkan Ibu

Ibu : bye
Helena : Bye

Helena pun melangkah pulang ke rumah dengan perasaan yg masih sarat dengan kesedihan yang dialaminya...Tanpa disedari olehnya, Helena sudahpun berada di dalam bilik air dan dia melihat dirinya ke dalam cermin...termenung sejenak memerhati wajahnya... "sbb awak tak cantik !! awak tak lawa !! saya taknak kuar atau couple ngan pompuan yg tak lawa cam awak !! "....masih terngiang2 kata2 Zack sebentar tadi.

Helena mula melakukan sesuatu di mukanya. Dia ingin membuktikan sesuatu pada Zack. Dia tau apa yg sepatutnya dia buat. Dua jam Kemudian, Ibu Helena pulang ke rumah.....rumah itu sunyi sperti takder org..ibu mencari Helena...lalu terdengar bunyi air di bilik air....terlihat olehnya....air mula melimpah keluar dr pintu bilik air..ibu cuba mengetuk pintu bilik air tersebut.

Ibu : Sayang.....are u ok????

Ibu Helena buka pintu bilik air dan terkejut....air yg melimpah dr bath tub penuh dengan warna merah....ketika ibu menarik tirai mandi........ibu menjerit.

Disitu...didalam bath tub tersebut....anak gadisnya telah mati dengan mukanya yang seperti ditoreh2 dengan pisau....begitu juga di pergelangan tangannya. Lalu Ibu berlari keluar rumah utk meminta pertolongan dr jiran2....dan jirannya masing2 meminta bantuan polis dan ambulan.

Di cermin bilik air, terdapat sehelai kertas kecil yg dilekat oleh Helena sblm dia membunuh diri.

" Adakah saya dah cukup cantik sekarang ?? "

Moral the story:

Takder saper yg berhak atau patut menerima sesuatu pengakuan seperti itu.Maksudnya......takder saper yg dapat menerima alasan seperti itu..nak2 dr org yg kita sayangi atau kita cintai. Janganla kita menilai keindahan atau kecantikan seseorg tu melalui rupa paras sahaja. Apa yg lagi penting......HATI dan personaliti seseorg. Apa perasaan awak kalau awak dberitau seperti tu oleh org yg awak sayang ??? kecewa tak ??....awak ni tak lawa la...tak hansem la...tak kaya la...buruk..selekeh...buat malu keluar ngan awak...camner?? suka??

So....menyintaila seseorg tu kerana hatinya...kerana dalamannya....rupa paras tak menjanjikan apa2...dah tua nnt....ilangla kecantikkan atau kehenseman seseorg tu......
Dan janganlah berputus asa diatas bumi ini yang bersifat sementara. Semua adalah ujian dariNYA untuk mencari insan2 yg terpilih. Betapa pedihnya seksa dan azab yang akan dirasakan oleh orang-orang yang melencong dari bimbingan Allah di akhirat nanti.

Tuesday, June 13, 2006

Fakta Sejarah Yang Tak Tertulis di Dunia


FAKTA 1: Puteri Gunung Ledang
Setelah dikajiselidik melalui sebuah perkuburan yang terdapat dipinggir Gunung Ledang, terdapat kesan-kesan peninggalan dan bukti yang menunjukkan mayat di dalam kubur tersebut ialah Puteri Gunung Ledang. Di sebelah bawah badan mayat tersebut terdapat secalik kertas dan setelah diselidik ia sebenarnya Kad Pengenalan Puteri Gunung Ledang. Nama sebenar Puteri Gunung Ledang yang tertera didalam IC itu ialah Tiara Jeaquelina bin Abdullah.

FAKTA 2: Batu Bersurat Terengganu
Mengikut sejarah, ada seorang hamba sultan Terengganu telah dipancung kerana telah melakukan kesalahan. Namun tidak diberitahu apa kesalahannya. Di atas kajiselidik kami, hamba yang dihukum bunuh itu sebenarnya ialah seorang yang bekerja sebagai posmen tetapi tidak mahu menghantar surat-surat baginda kemudian posmen itu melonggokkan surat dirumahnya. Pulis telah menemui 1,290 pucuk batu bersurat di rumah posmen tersebut. Alasan posmen itu ialah macammana dia nak angkat batu-batu bersurat tu naik basikal untuk dihantar ke penerimanya.

FAKTA 3: Keris Taming Sari
Ramai yang mengatakan bahawa keris taming sari telah hilang dan tidak dijumpai sehingga kini. Namun kami telah menemuinya di salah satu kawasan di pendalaman Melaka. Setelah berbulan-bulan mengadakan ekspedisi mencari keris taming sari barulah kami menemui motor Kris yang ditunggang oleh pakcik Taming yang sedang memakai Sari.

FAKTA 4: Bangunan WTC Runtuh di New York
Sebenarnya bangunan ini dapat diselamatkan dari runtuh namun fakta kami sangat jelas kenapa sebenarnya ia runtuh. Persoalan kenapa bangunan ini runtuh terjawab kerana Superman pada masa tu spender dia basah lalu malu untuk dia keluar tanpa spender dia, Batman pula takleh keluar siang sebab kelawar tidur waktu siang. Spiderman pulak hari tu mengalami kincit perut dan terberak-berak kerana tertelan sarang labah-labah. Manakala Kapten Amerika pada hari tu sedang menghadiri majlis penerimaan pangkat sebagai Kapten. Hulk dan wolverine pula tengah menghadiri interview sebagai pelayan hotel dan last sekali catwomen tengah jahit kostumnya yang koyak. Ini semuanya fakta kenapa bangunan tu runtuh kerana superhero amerika mengalami masalah.

FAKTA 5: Taliban
Sebelum Amerika ingin menyerang Afghanistan, sebenarnya mereka ingin menyerang Malaysia terlebih dahulu kerana pada sangkaan mereka Malaysia ialah pusat pentadbiran Taliban yang diketuai Osama Laden. Namun akhirnya mereka malu pada tahap baboon kerana taliban yang mereka sangkakan itu sebenarnya ialah sebuah syarikat telekomunikasi yang bernama Talikom Malaysia Berhad.

FAKTA 6: Karam Sinkh Walia
Sebenarnya takda apa-apa yang berkaitan dengan dia. Saja je aku nak tulis nama dia. Kui...kui...kui...kui...kono...kono..

KENAPE AKU DIUJI


Kita selalu Bertanya......dan Al-Quran sudah menjawabnya...
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

- Surah Al-Baqarah ayat 286



KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN&nb sp; MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... "

- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

- Surah Yusuf ayat 12

mandi wajib



Untuk melakukan mandi wajib yg betul,ssorg itu tidak boleh melakukannya
dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung shj. Sebalikny,
ia mesti dilakukan dlm kedua2 keadaan bg mbolehkan ssorg itu meratakan
air keseluruh anggota badannya yg zahir.

Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Keamjuan Islam MAlaysia
(JAKIM), Uztaz Hj MAt Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapaun,
berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama islam
gombak timur dan penceramah, didapati byk umat islam yg tidak mengetahui
perkara ini. "Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak
memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh
anggota badan yg zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg
dilakukan oleh ssorg itu juga turut tidak sah. Itu lah akibatny jika
tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui
di rumahny di taman sri keramat kuala Lumpur.

Mandi wajib yg juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh
dipandang ringan oleh umat islam. Setiap org yg mlakukanny mestilah
mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib ssorg itu
tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di
badan. Ketiga,meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir.

"Niat mandi wajib: "Shj aku mengangkat hasar besar kerana
Allah Taala."
Atau

" Shj aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke
mana2 bhgn anggota badan.

"Bagi ppuan yg habis haid, niat mandi wajib ialah: " Shj aku menggangkat
hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi ppuan yg habis nifas, niat
mandi wajibnya ialah: " Shj aku mengangkat hadas nifas kerana Allah
Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika ssorg itu memulakannya slps dia
tlh mbasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibny tidak
sah. Oleh itu dia mestilah mmulakan kembali niatnya ketika dia mula
menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat
sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi
wajibnya tidak sah." Jelasnya lagi.

Mengenai rukun mandi wajib yg ke2, iaitu menghilangkan najis yg ada pd
badan, menurut uztaz hj mat jais, menurut imam nawawi, jika kita ada
najis dibadan, najis itu blh dibasuh serentak dgn mandi wajib. Ertiny
mbasuh najis dgn mandi itu boleh disekalikan.

"Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air keseluruh
anggota badan yg zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yg ada di badan,
sama ada bulu2 yg jarang atau lebat. "jika rambut ssorg itu ditocang
atau disanggul,sekirany tak sampai air ke dalamny, tocang atau sanggul
itu wajib la dibuka. Bulu2 dlm lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh
kerana dianggap batin. Ttp sekiranya, bulu2 di dlm hidung itu
bernajis,ia wajibla dibasuh.

"Mengenai kuku pula, jika di dlm kuku ada kotoran yg blh mhalang sampai
air ke badan khususny di bhgn bwh kuku, kotoran itu wajiblah dibuang.
Mbuang kotoran di dlm kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

"Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, ini lah yg merumitnya.
Sbnrny jika rambut ssorg itu diwarnakan dgn pewarna slain inai,mandi
wajib ssorg itu tidak sah.

"Oleh itu, ssorg yg mwarnakan rambutnya dgn pewarna slain inai, jika dia
hendak mandi wajib, dia mestilah mbuang pewarna pd rambutnya tlebih
dahulu. Tp untuk mbuang pewarna itu pula bagaimana?..ini lah yg
rumitnya. Sedangkan pwarna pd rambut itu sbnrny tidak blh dibuang begitu
mudah.

"Yang menyebabkan mandi wajib org yg menggunakan pwrna pd rambutny tidak
sah kerana pwarna itu akan menyalut rambutnya yg menghalang air sampai
ke rambut. Ini bbeza dgn inai. Inai sbnrnya akan meresap ke rambut, ttp
pwarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air thalang ke rambut."

"tp dlm hal ini, jgn pula ada yg slh phm. Sbnrny pwarna itu jika
dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pwarna itu tidak bernajis,
bukan lah bmaksud menjadi tidak sah?.. Dalam hal ini, sukalah sy
menyatakan bhw sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah
dipandang dari sudut
yg berbeza.

"Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun
mandi wajib seperti yg telah sy nyatakan ini adalah merupakan perbezaan
sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yg
serius orlh umat islam.

Mengenai sbb2 ssorg itu wajib mandi wajib pula, uztz hj mat jais
menegaskan, ssb2 nya tdiri drp 6 sbb. 3 sbb mlibatkan lelaki dan ppuan
iaitu kerana bersetubuh wpun tidak kuar air mani, keluar air mani dan
mati. Manakala 3 sbb lagi hny mlibatkan kaum ppuan shj,iaitu keluar
darah haid, nifas dan mlahirkan anak(wiladah).

"Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dgn menggunakan air mutlak sama ada
air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

"Bagi pasangan suami isteri yg bersetubuh pula,mereka tidak semestiny
mandi slps bsetubuh, ttp diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bsetubuh pula, jika ia dilakukan pd waktu mlm, jika tidak mahu
mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,
manakala tidak bwuduk sblm tidur adalah makhruh."
Untuk melakukan mandi wajib yg betul,ssorg itu tidak boleh melakukannya
dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung shj. Sebalikny,
ia mesti dilakukan dlm kedua2 keadaan bg mbolehkan ssorg itu meratakan
air keseluruh anggota badannya yg zahir.

Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Keamjuan Islam MAlaysia
(JAKIM), Uztaz Hj MAt Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapaun,
berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama islam
gombak timur dan penceramah, didapati byk umat islam yg tidak mengetahui
perkara ini. "Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak
memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh
anggota badan yg zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg
dilakukan oleh ssorg itu juga turut tidak sah. Itu lah akibatny jika
tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui
di rumahny di taman sri keramat kuala Lumpur.

Mandi wajib yg juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh
dipandang ringan oleh umat islam. Setiap org yg mlakukanny mestilah
mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib ssorg itu
tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di
badan. Ketiga,meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir.

"Niat mandi wajib: "Shj aku mengangkat hasar besar kerana
Allah Taala."
Atau

" Shj aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke
mana2 bhgn anggota badan.

"Bagi ppuan yg habis haid, niat mandi wajib ialah: " Shj aku menggangkat
hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi ppuan yg habis nifas, niat
mandi wajibnya ialah: " Shj aku mengangkat hadas nifas kerana Allah
Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika ssorg itu memulakannya slps dia
tlh mbasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibny tidak
sah. Oleh itu dia mestilah mmulakan kembali niatnya ketika dia mula
menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat
sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi
wajibnya tidak sah." Jelasnya lagi.

Mengenai rukun mandi wajib yg ke2, iaitu menghilangkan najis yg ada pd
badan, menurut uztaz hj mat jais, menurut imam nawawi, jika kita ada
najis dibadan, najis itu blh dibasuh serentak dgn mandi wajib. Ertiny
mbasuh najis dgn mandi itu boleh disekalikan.

"Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air keseluruh
anggota badan yg zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yg ada di badan,
sama ada bulu2 yg jarang atau lebat. "jika rambut ssorg itu ditocang
atau disanggul,sekirany tak sampai air ke dalamny, tocang atau sanggul
itu wajib la dibuka. Bulu2 dlm lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh
kerana dianggap batin. Ttp sekiranya, bulu2 di dlm hidung itu
bernajis,ia wajibla dibasuh.

"Mengenai kuku pula, jika di dlm kuku ada kotoran yg blh mhalang sampai
air ke badan khususny di bhgn bwh kuku, kotoran itu wajiblah dibuang.
Mbuang kotoran di dlm kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

"Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, ini lah yg merumitnya.
Sbnrny jika rambut ssorg itu diwarnakan dgn pewarna slain inai,mandi
wajib ssorg itu tidak sah.

"Oleh itu, ssorg yg mwarnakan rambutnya dgn pewarna slain inai, jika dia
hendak mandi wajib, dia mestilah mbuang pewarna pd rambutnya tlebih
dahulu. Tp untuk mbuang pewarna itu pula bagaimana?..ini lah yg
rumitnya. Sedangkan pwarna pd rambut itu sbnrny tidak blh dibuang begitu
mudah.

"Yang menyebabkan mandi wajib org yg menggunakan pwrna pd rambutny tidak
sah kerana pwarna itu akan menyalut rambutnya yg menghalang air sampai
ke rambut. Ini bbeza dgn inai. Inai sbnrnya akan meresap ke rambut, ttp
pwarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air thalang ke rambut."

"tp dlm hal ini, jgn pula ada yg slh phm. Sbnrny pwarna itu jika
dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pwarna itu tidak bernajis,
bukan lah bmaksud menjadi tidak sah?.. Dalam hal ini, sukalah sy
menyatakan bhw sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah
dipandang dari sudut
yg berbeza.

"Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun
mandi wajib seperti yg telah sy nyatakan ini adalah merupakan perbezaan
sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yg
serius orlh umat islam.

Mengenai sbb2 ssorg itu wajib mandi wajib pula, uztz hj mat jais
menegaskan, ssb2 nya tdiri drp 6 sbb. 3 sbb mlibatkan lelaki dan ppuan
iaitu kerana bersetubuh wpun tidak kuar air mani, keluar air mani dan
mati. Manakala 3 sbb lagi hny mlibatkan kaum ppuan shj,iaitu keluar
darah haid, nifas dan mlahirkan anak(wiladah).

"Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dgn menggunakan air mutlak sama ada
air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

"Bagi pasangan suami isteri yg bersetubuh pula,mereka tidak semestiny
mandi slps bsetubuh, ttp diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bsetubuh pula, jika ia dilakukan pd waktu mlm, jika tidak mahu
mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,
manakala tidak bwuduk sblm tidur adalah makhruh."
PRESERE YOUR FRUITS AND VEGITABLES!!!

MY INDONESIAN MAID LOVES ME SO MUCH THAT SHE SHARED WITH ME A WEEK AGO THAT SHE TESTED A WAY TO PRESERVE FRUITS AND VEGITABLES, WHICH SHE SAID WAS ONE OF MY UNTY WHO TOUGHT HER WHEN SHE BABY-SIT AT ONE FAMILY IN KL. THAT FAMILY WAS USING "ALUMINUM COATED PLASTIC BAGS" TO KEEP THEIR FRUITS AND VEGITABLES FOR WEEKS AND ITS STILL FRESH!!! ITS SOO AMAZING.

I THOUGHT ITS A GOOD IDEA TO SAFE SOME UNWANTED RESOURCE WHICH MOST PEOPLE WOULD THROW THEM AWAY WITHOUT 2ND THOUGHT. AND HERE I AM SHARING WITH YOU THE USEFULNESS OF THE UNWANTED RESOURCE IN ACTION.


HERE IS THE KIND OF ALUMINIUM COATED PLASTIC BAG FROM QUAKER. YOU CAN USE ANY OTHER ALUMINIUM COATED BAG WOULD DO


LOOK AT THE OCRAS, THEY ARE STILL VERY VERY FRESH WITHOUT ANY DEHYDRATION AT ALL.


still elok lg beb... boley try nih...

BUT DON'T FOLD OR SEAL THE OPENING OF THE BAG. JUST LEAVE THE BAG OPEN AND IT WILL DO THE MAGIC WORK FOR YOU ALREADY... HAHHHAHAHAHAHAHAHAHA....:)) TRY IT OUT... YOU WOULD SURE LIKE IT VERY MUCH TOO.

** INSTEAD OF THROWING THE USEFUL THINGS AWAY, RE-USE IT AGAIN, AND YOU WILL BE INHERENTLY JOINING THE GROUP OF "SAVING THE MOTHER-EARTH" CAMPAIGN TOO. :))

Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia 13



info yang boleh dikongsi bersama kawan2.

· Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

· Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

· Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

· Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

· Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

· Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Subject: FW: Rahsia 13



Assalamua'laikum wr wb......... ..

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /
Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam



Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam
RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram
di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat
suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana
senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki
suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan
menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga
isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan
daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila
suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat
dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun
isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan
isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman
dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat
anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri.
Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya
terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam
rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang
isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun
untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di
udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam
kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari
keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Monday, June 12, 2006

5 sifat sahabat terbaik.....




Bersahabat memang best tapi ramai yg mula-mula jadik sahabat, lelama jadik muksibat. Apapun pilih lah yang terbaik dari apa yang terjadi dalam hidup ini. Tuhan tau apa yang baik untuk hambanya. Kalau kita terus menerus menipu orang. hentikan perbuatan tuh. Kalau kita terus menerus buat maksiat pun hentikan cepat sebelum kita tak sempat bertaubat. Hidup didunia nie memanglah mcm dalam syurga kalau kita tak ingat dosa dan pahala. Tapi kita juga ada agama, mudah untuk difahami tinggalkan yang dilarang buatlah apa yang disuruh. Yang tak disuruh tinggalkan lah. Syurga dunia tak akan kekal abadi. Syurga yang hakiki menanti kita. Fikir-fikirkanlah...

Nasihat al-Qamah:
Lima cara pilih sahabat
Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama: Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya. Dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua: Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga: Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat: Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima: Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu
mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia
suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan
hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat
kepada Dzat yang Memiliki mu."




Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah bersamamu untuk menenangkanmu...

Mawar merah di langit..salah 1 tanda kiamat




Subhanallah....semoga kita sentiasa beringat hendaknya...


AMBIL IKTIBAR WAHAI ORANG YANG MEMPUNYAI PENGLIHATAN ! GAMBAR INI
DIRAKAM SECARA TIDAK SENGAJA OLEH NASA. TERDAPAT OBJEK
DILANGIT YG PECAH... DLM BEBERAPA BULAN Y! G LEPAS DALAM AKHBAR AL-AHRAM DAN
LAMAN WEB NASA IANYA MENJADI BUKTI DALIL KEBENARAN
ISLAM.........ALANGKAH BENARNYA ALLAH S.W.T BERFIRMAN;

"SELAIN ITU SESUNGGUHNYA (NGERI) TATKALA LANGIT PECAH-BELAH
LALU...MENJADILAH MAWAR MERAH, BERKILAT SEPERTI MINYAK" ***

AYAT INI MENGGAMBARKAN KEHANCURAN ALAM LANGIT KETIKA HAMPIR KIAMAT
BERINGATLAH DAN JANGAN ALPA KEPADA
KEDUNIAAN..................PERBANYAKKAN KEBAJIKAN DUNIA DAN
AKHIRAT.................. DUNIA KIAN HAMPIR KE AKHIR ZAMAN....

Wassalam...

belajarlah berkata cukup....!!!




Assalamualaikum warahmatullah...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya. Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai
keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang2 yang beramal soleh...

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang
businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas
jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang
basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hamper kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu
(basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi
kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau
berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana?
Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya
tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.

Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat,Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga
saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang,Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu
lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana int akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya.
Siapa yang taknak gaji besar, kan?

Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki
sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu
saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang,ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan
solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2 terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan
umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung
tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Kemasjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan...

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam...

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup.....

Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kebodohan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,

Wassalamualaikum warahmatullah

Thursday, June 08, 2006

delema aku yang sorang2



hari ni aku nak mengomel sket.... lame dah x membebel kat ci, bosan tau idop sorang nih.... so ari nih, aku nak bg puisi, bg sesape yg bujang tuh... jom arr bace sesame... ahak's

Aku yang sorang....
Hidup sorang...
Buat amende semua sorang...
Berak memang lah sorang..
Lagi pun jamban aku memang memuat untuk sorang jerr..

Aku yang sorang....
Makan Sorang2..
Minum pun , sorang2...
Nak makan dua orang...
Tapi takut tak kenyang....

Aku yang sorang...
Bangun pagi sorang...
Tido pun sorang...
Hajat dihati nak tido dua orang..
Tapi buat sempit bilik pulak karang....

Berjalan sorang2...
berlari pun sorang2...
Bejoging pun sorang2
Ingat nak ramai orang..
Tapi tu, mereton lah korang..

Lepak sorang2..mimpi pun sorang2...
Berangan sorang2..jiwang pun sorang2...
Pegi bandar sorang2..balik bandar pun sorang2...
Dah sebulan aku tak kebandar sebab ramai sangat orang..

Semalam aku sorang...
Kini aku masih sorang...
Esok lusa sorang lagi kot...
Tulat nanti gerenti memang sorang...
Tapi, dekat stadium semalam, ramai pulak orang..

Tapi...
Aku bukannya orang-orang...
Aku bukannya orang utan..
Aku juga bukannya orang minyak...
Dan aku juga bukannya orang gila...
Dan aku juga bukanlah orang jahat...
Bukan gak orang kena sawan..
Tapi aku juga orang...macam orang lain jugak
Macam ko jugak lah masa ungko sorang dulu !!

Aku tahu...
Aku bukanlah orang berada...
Aku juga bukanlah orang glamer...
Dan aku bukanlah orang ternama...
Walaupun aku hanya orang biasa...
Aku tetap orang...
Aku ingin menjadi gaban
Tapi nak jadi gaban kena gagah..
Tapi gaban tu bukannye hensem pun..
Lagi hensem ultramen..

Dah lah tu, korang pegilah siapkan kerja tu sesorang..
Jangan ingat aku nak tolong korang......

byk petua arr.... ahak's




1. Petua Cepat DiPinang - Banyakkan Meminum Air Pinang

2.Menegangkan Kulit Muka - Stepler Tempat² Yg Kendur Tue..

3.Menghilangkan Cagu - Potong Jari Yg Kena Cagu Tue...

4.Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi

5.Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak...

6.Melentikkan Bulu Mate - Pakailer Bulu Mate Palsu...

7.Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut...

8.Mengurangkan Dengkur - Kurangkan Tidur..

9.Menghilangkan Ketuat - Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya... .

10.Mengempiskan Perut - Jgn Makan & Jgn Minum...

11.Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jgn Basuh2...

12.Menyegarkan Mate - Tuang Eye Mo...

13.Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah...

14.Menghilangkan Kelemumur - Gunekanlah Syampu Rejoice..

15.Menurunkan Berat Badan - Turun Ikut Lif

16.Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket-Jengket

17.Memerahkan Bibir - Pakai Lipstick arr..

18.Menghaluskan Kulit Muke - Gosok Dgn Kertas Pasir

19.Menaikkan Seri Muke - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangge..

20.Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi

21.Menghilangkan Lebam Di Mate - Elakkan Dari Kene Penumbok..

tips bg yang putus cinta....




Frust bercinta tapi susah nak lupakan dia..sebab apa? si dia first love bagi anda? anda dah lama berkawan? Jadi kat sini ada tips untuk anda-anda yang pernah frust bercinta dan yang masih dalam proses untuk melupakan si dia...


1) Senaraikan semua keburukan dia... . dan nilaikan balik adalah lebih baik kita putus dengan dia.. (tapi untuk kes ini sahaja)

2) Jangan bersendirian... kerana bila bersendirian fikiran kita lebih bercelaru... .

3) Jika ingin menangis... menangislah semahu-mahunya dan berjanjilah selepas itu anda tak akan menangis lagi kerananya... .

4) Jangan pergi ke tempat2 yang telah memberikan kenangan manis sewaktu bersama dengannya...


5) Cari atau keluar dengan kawan-kawan yang gila2 atau kelakar.. supaya anda rasa terhibur..

6) Luahkan perasaan anda dengan insan yang paling rapat dan boleh dipercayai..

7) Padamkan atau buangkan apa sahaja yang boleh mengingatkan anda pada si dia... contoh hadiah2 pemberian darinya... . jika hati anda tidak kuat..

8) Jangan dengar lagu2 yang jiwang2... kerana ianya akan lebih membuatkan anda merasa sedih...

9) Sibuk2kan diri anda.. supaya anda tiada masa untuk memikirkan kesedihan hati anda... atau carilah hobi baru yang boleh dimanfaatkan...

10) Beri ganjaran kepada diri anda sekiranya anda dapat melupakan dia... .

11) Jika tiba-tiba anda merasa marah atau sedih.. ambil pen dan kertas... luahkan segala apa yang terbuku di hati anda... . tuliskan apa sahaja perasaan anda... . contohnya... aku benci kamu... .

12) Buatlah perubahan positif pada diri anda yang boleh mengembirakan anda... contoh ubah penampilan diri anda...

13) Ingatlah bahawa mungkin ada hikmah di sebalik kekecewaan itu.. mungkin Tuhan itu menyayangi diri anda.. dan mungkin si dia adalah bukan yang terbaik untuk anda...

14) Kerap mendengar ceramah2 agama dan motivasi supaya minda anda lebih segar...

15) Dan yang paling terbaik adalah dekatlah diri anda dengan Yang Maha Esa... dan abdikan diri anda pada Nya... . dan anda akan merasa amat tenang... . sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengetahui... setiap apa yang berlaku ada hikmahnya...

Semoga berjaya... .